Mesyuarat Pertama Majlis Sosial Negara (MSN) bersetuju mewujudkan Gender Focal Team (GFT) di setiap kementerian dan agensi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia sebagai usaha meneroka potensi wanita dalam ekonomi serta mengarus perdana gender bagi setiap perancangan, pelaksanaan dasar dan inisiatif.